Hanya kerana tahi burung dan daun gugur masuk halaman rumah jiran, pasangan ini nekad potong pokok sebelah je

Hanya kerana tahi burung dan daun gugur masuk halaman rumah jiran, pasangan ini nekad potong pokok sebelah je

Sepasang suami isteri warga emas  nekad memotong separuh pokok milik jiran sebelah rumah kerana rimbunannya ‘menceroboh’ halaman mereka, lapor akhbar The Sun.

Pertikaian mengenai pokok pemisah tanah itu tercetus di Waterthorpe, Sheffield pada 2021.

Hanya kerana tahi burung dan daun gugur masuk halaman rumah jiran, pasangan ini nekad potong pokok sebelah je

Tindakan drastik dilakukan oleh Graham dan Irene, masing-masing berusia 70 tahun selepas bergaduh selama setahun dengan jiran mereka, Bharat Mistry serta keluarganya.

Pasangan itu mengadu tentang burung bersarang di atas pokok itu yang membuat bising dan mengotori laluan tempat letak kereta mereka.

Rumah pasangan itu terletak di Brier Close. Ia merupakan kejiranan yang tenang di mana kediaman di kawasan itu dijual pada harga antara £160,000 (RM944,836) hingga £220,000 (RM1.2 juta).

Pemotong pokok telah dipanggil untuk memotong separuh batang pokok Fir setinggi 4.9 meter yang berada di kawasan itu selama 25 tahun.

Pokok itu masih bertahan hingga hari ini tetapi bersaiz separuh daripada bentuk asalnya.

“Kami tidak menyesal memotongnya kepada separuh. Burung-burung itu bukan masalah sebenar, tetapi pokok itu menghalang laluan masuk kami.

“Jiran mungkin memiliki pokok itu tetapi jika ia memasuki kawasan kami, maka kami dibenarkan secara sah memotongnya,” kata Irene

BACA:

Ramai tak tahu rupanya mudah je nak halau semut dalam bekas gula, cuma guna 3 bahan ni je pasti jadi!