Hanya kerana kena hon, cermin kereta ini dipecahkan

Hanya kerana kena hon, cermin kereta ini dipecahkan

Hanya kerana kena hon, cermin kereta ini dipecahkan. Tidak puas hati kena hon ketika melanggar lampu isyarat, penunggang motosikal memecahkan cermin kereta di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 9.40 malam sebelum tular di media sosial.

“Polis mengesan satu video tular memaparkan penunggang motosikal berkenaan memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar.

Hanya kerana kena hon, cermin kereta ini dipecahkan

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana dihon pemandu kereta,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, beberapa saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.

BACA:

Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia

Misteri kemalangan van jadi bualan netizen

Kerajaan mampu jimat RM25 bilion jika laksana tender terbuka