Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata

Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata

Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata. Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.

Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.

PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK MERATA

Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata

Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.

Bahan-bahan:

  1. 2 labu bawang putih
  2. 3 atau 4 batang serai
  3. Botol spray

Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.

Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.

Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.

Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.

Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!

Selamat mencuba semua.

BACA:

Modify Toyota jadi Ferrari, lelaki bakal dipenjarakan

Penyampai radio wanita kongsi pengalaman rumah ditembak

Wanita berdepan denda RM50 juta kerana terima deposit RM82 ribu