Hangat!! Tertuduh cuba ‘mengurat’ hakim jelita

Seorang lelaki menjadi popular di media sosial selepas tersebar video menunjukkan dia ‘mengurat’ hakim yang mendengar kesnya. Namun, taktik itu masih gagal mendapatkannya hukuman lebih rendah.

Demetrius Lewis didakwa memecah masuk sebuah rumah di Fort Lauderdale, Florida, ketika penghuninya termasuk tiga kanak-kanak sedang nyenyak tidur.

Namun dalam sesi prosiding menerusi Zoom, dia kelihatan tergamam apabila melihat Hakim Daerah Broward, Tabitha Blackmon yang begitu cantik.

Dia kemudian dengan selamba bertanya khabar dan berkata “Puan hakim begitu cantik dan sangat menawan”.

Lewis berulang kali memuji Blackmon malah dengan berani mengaku jatuh cinta dengan hakim jelita itu.

Blackmon yang nyata tercuit hati dengan gelagat tertuduh itu menjawab, “Baiklah Encik Lewis, mungkin pujian boleh membantu anda dalam keadaan lain tetapi bukan di sini.”

Menurut New York Post, Lewis sebelum ini pernah dipenjara empat tahun kerana kesalahan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Walaupun gagal menambat hati Blackmon, gelagatnya itu menjadi tajuk bualan netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah itu.

Malah, seorang pengguna Twitter berkata “Tidak rugi pun untuk dia pada peringkat ini” mengulas video yang dikongsikan WSVN itu.

Sementara itu, ramai yang lain turut bersetuju dengan Lewis bahawa Blackmon memang menawan.

“Saya tidak salahkan dia (Lewis)!” kata seorang pengguna Twitter

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-apa-apa-aje/2021/02/09/tertuduh-terpesona-cuba-mengurat-hakim-jelita/

COMMENTS

Wordpress (0)