Hangat!!! Dasuki titipkan nama pemfitnah dalam tadahan doa dan munajat solat hajat

Hangat!!! Dasuki titipkan nama pemfitnah dalam tadahan doa dan munajat solat hajat

Budaya jijik yang sedang dihidupkan di zaman kita ini saling fitnah memfitnah. Di atas rasa kebencian dan tidak puas hati sesama insan ini, maka saling tulis menulis di dada-dada medsos yang terbuka ruang saat ini. Ditambah pula oleh para pembaca lalu menyebarkan pula, semua itu membawa dosa.

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).” (Surah An-Nur 24:11)

Pendekatan saya mudah sahaja, kita berjumpa di dua mahkamah. Satu mahkamah dunia, satu lagi mahkamah akhirat.

Di dunia, bagi para pemfitnah, tunggu sahaja surat saman daripada peguam saya, serta nama pemfitnah saya pohon dalam tadahan doa dan munajat solat hajat bersama dengan anak anak tahfiz, moga Allahlah sebaik-baik pembalas, manakala akhirat tunggu sahaja kita berhujah di hadapan Rabbul Hakiim.

Moga kita terselamat di sana. Inilah yang diajar oleh para rasul mursalin kecuali taubat serta memohon ampun kepada-Nya. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Hidup di dunia ini singkat sahaja, tak berbaloi untuk berbuat dosa.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/14/saya-tujukan-tulisan-khusus-ini-kepada-para-pemfitnah/

COMMENTS