Hamidin kata cantik tapi tak dapat emas atau pingat tak guna juga

Tular di media sosial kritikan yang ditinggalkan netizen mengenai baju kontinjen Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan ‘ala kadar’.

Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun berpendapat rekaan yang cantik pada pakaian tidak membawa sebarang erti jika gagal membawa pulang pingat emas.

Memetik laporan Bernama, Hamidin berkata, mereka ada sebab menjadikan tema utama termasuk menggunakan warna emas berbanding jingga sebelum ini.

Hamidin kata cantik tapi tak dapat emas atau pingat tak guna juga

Mereka mahu warna tersebut membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan kali ini.

Malah jelasnya, ramai atlet meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menukar warna lain memandangkan jingga digunakan sejak 2004 lagi.

MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam…jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga.

Timbalan Presiden MOM ini turut menjelaskan tiada masalah menggunakan warna apa pun pada bendera di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut kerana ia sebenarnya logo MOM bukan bendera Malaysia.

Beliau bagaimanapun bersetuju untuk membuka peluang kepada umum membuat rekaan bagi edisi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Beliau juga mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara baru-baru ini.

Meskipun dikritik masyarakat, Hamidin memaklumkan rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024, bersetuju dengan rekaan tersebut.

Baca : Patutlah harga murtabak dah tak masuk akal sekarang, mahal gila!