Hajat Zarina Zainuddin nak nikahkan anaknya undang kecaman netizen

Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini ada menyatakan bahawa anaknya Azal telah menemui teman istimewa.

Bahkan Zarina juga sebelum ini menyatakan yang dia tiada halangan seandainya Azal berjodoh dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Rahmah.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang anggap tindakan itu sebagai tidak wajar.

Hajat Zarina Zainuddin nak nikahkan anaknya undang kecaman netizen

Umum mengetahui bahawa anak kepada Zarina Zainuddin ini merupakan insan istimewa.

โ€œTak ada seorang profesional dalam bidang pun yang akan syorkan anak-anak Pn Zarina ni untuk bernikahโ€

Perkara itu dibahaskan oleh seorang individu yang dakwanya sudah lama berkerja dengan anak-anak istimewa ini menerusi platform media sosial, X.

Beliau ada membuat penjelasan dengan lebih terperinci mengenai ciri-ciri penyakit ASD (Autism Spectrum Disorder).

Jelasnya, terdapat 2 ciri utama yang ada pada penghidap ASD iaitu R/R (restrictive and repetitive) behaviour dan deficit in social communication. Berikut merupakan ciri-ciri tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen bersetuju dan tidak syorkan untuk berkahwin termasuklah salah seorang individu yang mendakwa dirinya adalah seorang ibu yang mempunyai anak austime. Menurutnya, dia juga tidak menyarankan agar anak Zarina ini berkahwin.

Mungkin naluri Zarina sebagai ibu kuat dan yakin mengatakan bahawa Azal boleh berdikari atau mungkin Rahmah adalah wanita yang menerima Azal seadanya dan mampu bimbing Azal

BACA:ย Lelaki dari Amerika ini dedah kenapa sanggup datanh Malaysia semata-mata nak belajar tentang โ€˜Halalโ€™