Hajat seorang suri rumah, 50, untuk merawat tidak kesampaian apabila saka yang mahu dibuang rupanya ‘merasuk’ bomoh di Kampung Bukit Kerdas, di Jempol.
Mangsa yang berasal dari Dengkil di Selangor itu terkejut tak sangka dicabul pengamal perubatan tradisional berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang, 23 November lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tujuh anak, mengesyaki dirinya mempunyai penyakit berkaitan saka.
“Ketika di rumah suspek, lelaki warga emas itu mengarahkan mangsa meminum segelas air, sebelum memintanya berbaring di atas tilam yang diletakkan di beranda rumah.
“Ketika rawatan lelaki itu menjerit bertanyakan asal usul mangsa sambil menekan badan mangsa yang turut dibantu isteri suspek.
“Ketika isterinya beredar dan masuk ke dalam rumah, suspek memasukkan tangan ke dalam pakaian mangsa dan meramas buah dada serta menyentuh bahagian bawah kemaluan mangsa,” katanya melalui kenyataan.
Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir Jumaat lalu, sebelum suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Baca: Ibu tiri dera anak 4 tahun sampai mati, sanggup rendam dalam kolam