Hael Husaini menghadapi ujian mata ketumbit sebelum malam kemuncak AJL38

Penyanyi, Hael Husaini yang bakal mempertaruhkan lagu ciptaannya berjudul Bintang pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) malam ini berdepan ujian apabila mata kirinya mengalami ketumbit.

Hael berkongsi masalah yang dihadapi itu dengan memuat naik foto keadaan matanya yang sepet disebabkan bengkak.

Hal itu menyebabkan juara AJL 32 dan AJL 33 itu berasa kurang selesa dan meminta tips daripada pengikutnya.

Hael Husaini menghadapi ujian mata ketumbit sebelum malam kemuncak AJL38

“Nak buat apa untuk bagi cepat kecut?,” tulisnya di ruangan komen di Instagram.

Dalam hantaran berbeza di Instagram Story, Hael turut mempersoalkan kenapa jangkitan itu berlaku pada hari yang cukup penting buat dirinya.

“Kenapa hari ini. Kenapa? ,”katanya.

Selain Hael, AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul meneruskan penguasaan di pentas berprestij apabila mara ke pusingan akhir menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu.

Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai AJL 38.

 

Baca juga: “Sial! Menantu Tak Guna! P*Mak!..” Ketika belum nikah, kemain baik, tapi lain pula perangai lepas nikah”