Habis banjir tandas gara-gara tetamu tak diundang waktu ‘melepas’

Habis banjir tandas gara-gara tetamu tak diundang waktu ‘melepas’. Setiap manusia pastinya pernah melalui situasi mencemaskan dalam hidup, tidak kira sama ada di dalam rumah atau di luar kediaman mereka.
Bila ‘terjadi’ sesuatu yang mencemaskan, kadang kala sel-sel otak ini boleh dikatakan tidak berhubung dengan baik, lantas kita akan melakukan apa sahaja untuk meredakan saat mencemaskan itu.
Macam seorang pemuda dari Pasir Mas, Kelantan dikenali sebagai Wafie Lazin ini, sedang dia asyik ‘melepaskan hajat’ di dalam tandas, tiba-tiba muncul tetamu tak diundang.
Tanpa sempat memikirkan langkah terbaik, dalam video tular itu dia dilihat hanya mampu menyiram air beberapa kali untuk menghalau tikus berkenaan.
Pada asalnya, tikus itu cuba untuk keluar melalui pintu, tetapi tidak berjaya kerana tiada ruang untuk menyelit.
Ia kemudian berpatah balik menghala ke Wafie dan menyorok di bawah bangku, sehingga memaksa pemuda itu menyiram dan terus menyiram tikus tersebut.
Akhirnya, usaha pemuda itu membuahkan hasil apabila tikus itu pula yang seakan-akan panik, lalu memanjat paip air seterusnya terjatuh ke dalam lubang tandas.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah ketenangan yang dimiliki pemuda itu.
“Wehhh tu kalau aku, dah menggelupur mintak tolong! Dia relax je mandikan tikus tu!
“HAHAHAH! Dia punya siram banjir weh!
“Habis laa bil air melambung….,” komen netizen yang melihat video tersebut.
BACA:
Harga petrol mulai turun di awal tahun 2023
Cikgu ini buat live masa spotcheck, sekali netizen turut kongsi lokasi perlu di check