Guru sekolah OKU gagal menahan sebak apabila PM tunai hasrat buka sekolah pendidikan khas

Seorang guru tak dapat menahan sebak apabila ‘suaranya ‘ didengari oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu acara yang dinamakan ‘Temu Anwar Johor UTM’

seorang guru yang menyandang jawatan Naib Yang Di Pertua di salah satu sekolah pendidikan khas di Johor Bahru,

Guru sekolah OKU gagal menahan sebak apabila PM tunai hasrat buka sekolah pendidikan khas

Puan Ernie harapkan beliau untuk mempertimbangkan dalam membela nasib pelajar OKU.

Jelasnya, terdapat pelajar pekak (deaf) di Johor Bahru yang berpotensi dalam akademik dan kokurikulum yang habis menduduki peperiksaan UPSR atau darjah 6 tidak mempunyai sebaarang saluran untuk mengambil SPM di Johor Bahru.

@shahrirermy #anwaribrahim #PMX #kerajaanperpaduan ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

“Ramai pelajar deaf di Johor Bahru yang berpontensi, ibu bapa terpaksa anak yang berpotensi ini, hanya satu sekolah di Penang sahaja yang membolehkan pelajar ini mengambil SPM, saluran SPM disini sama seperti pelajar normal. Satu sahaja Datuk Seri sekola di Johor Bahru.”

Screenshot 2023 09 04 181344

Mendengar penjelasan daripada Puan Erni, Datuk Seri Anwar, terus bersetuju untuk mewujudkan satu sekolah menengah pendidikan khas di Johor Bahru.

Screenshot 2023 09 04 181437

Dalam video tersebut, dapat dilihat guru itu tak dapat menahan sebak apabila permintaan murni untuk membela nasib orang-orang kurang upaya ini diterima bulat-bulat.

Dalam masa 18 jam, video ini tular meraih lebih daripada 4,200 jumlah perkongsian menerusi platform X. Rata-rata netizen terkejut apabila mendengar penjelasan guru ini dan bersimpati dengan nasib mereka.

 

Murni betul hati cikgu ini, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat pahala yang besar kerana membantu nasib anak-anak istimewa ini.

BACA:20 Minit Pujuk Wanita Cuba Cederakan Diri Dalam Tandas