Guru menangis tengok anak murid pakai mask kotor, siap berjahit lagi

Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini, banyak negara yang telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan daripada terus menular.

Ianya termasuklah Malaysia. Bermula 1 Ogos, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Sekiranya pihak berkuasa mendapati bahawa ada yang tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka itu, mereka boleh mengeluarkan kompaun yang berjumlah RM1,000 kepada orang awam yang ingkar.

Guru menangis tengok anak murid pakai mask kotor, siap berjahit lagi

Pun begitu, seperti yang kita ketahui, tidak semua orang mampu untuk membeli pelitup muka. Seperti yang dikongsikan oleh seorang guru bernama fazri_hassan ini, dirinya terkejut melihat pelitup muka seorang muridnya yang kelihatan kotor dan talinya berjahit.

Baca juga: “Suami aku punyalah pemalas asyik tidur siang sampai badan jadi gemuk, geli tengok cadar banyak peluh”