Guru dapat anugerah 10 terbaik dunia rupanya mengajar di Sekolah orang asli

Guru dapat anugerah 10 terbaik dunia rupanya mengajar di Sekolah orang asli

Guru dapat anugerah 10 guru terbaik dunia rupanya mengajar di Sekolah orang asli.Lebih dikenali sebagai Cikgu Sam, guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang ini terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Menurut kenyataan oleh penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 buah negara!

Cikgu Sam menjadi inspirasi kepada pelajarnya yang terdiri daripada Orang Asli untuk menyimpan impian seterusnya berjaya di dunia luar.

Antara program diperkenalkan Cikgu Sam ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai ‘Asli E-Pal’, yang mana para pelajar boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara.

Guru dapat anugerah 10 terbaik dunia rupanya mengajar di Sekolah orang asli

Lebih membanggakan, kadar lulusan mata pelajaran bahasa Inggeris disekolahnya meningkat daripada 30 peratus pada 2012, kepada 85 peratus pada tahun 2015-2018.

Untuk Anugerah Hadiah Guru Global 2020 ini, hadiah ditawarkan sebanyak US$1 juta (RM4.16 juta), merupakan program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kejayaan Cikgu Sam juga mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menerusi posting di laman Instagram @istana_negara.

BACA:

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar

Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk