Guna speaker hanya dalam masjid di Pulau Pinang, lelaki ini tampil beri penjelasan

Guna speaker hanya dalam masjid di Pulau Pinang, lelaki ini tampil beri penjelasan

Guna speaker hanya dalam masjid di Pulau Pinang, lelaki ini tampil beri penjelasan. Seorang lelaki memuat naik satu video di Twitter mendakwa khutbah solat Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini dikatakan hanya menggunakan pembesar suara (speaker) di dalam masjid sahaja.

Lelaki tersebut mempersoal mengapa perkara tersebut hanya berlaku di negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Bagi membuktikan dirinya benar, lelaki itu juga sanggup keluar dari masjid ketika khutbah sedang berlangsung.

Bagaimanapun seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @H_Bakkaniy tampil menegur kembali video tersebut dan menyatakan pandangannya dengan tiga penjelasan.

“Tentang video yang ditunjukkan dalam tangkap layar di bawah (sengaja tidak mengulang ciap daripada sumber asal untuk tidak menularkan benda yang kurang cerdik) ini komen aku.

Guna speaker hanya dalam masjid di Pulau Pinang, lelaki ini tampil beri penjelasan

“Pertama sekali yang menjadi syiar dan disunatkan untuk dikuatkan suaranya agar sampai ke setiap pelusuk ialah Azan, bukan bacaan Tarāhim, bacaan al-Quran, kuliah, tazkirah, ceramah mahupun khutbah Jumaat.

“Jadi wajar sahaja kalau pembesar suara untuk semua yang selain azan dihadkan hanya untuk di dalam Masjid,” katanya.

Kedua, mendengar khutbah termasuk daripada kesempurnaan pahala sembahyang Jumaat, berdasarkan hadis ‘Jika salah seorang daripada berkata kepada sahabatnya; “diamlah!” walhal Imam sedang berkhutbah, maka ia telah lagha (terluput pahalanya)’.

“Jika dilihat dalam hadis tersebut, menegur orang lain agar diam saja meluputkan kesempurnaan pahala sembahyang Jumaat kerana tidak menumpukan perhatian kepada khatib yang sedang berkhutbah, apatah lagi dengan membuat video sebegini? Mohon perhatian dan hentikan kesia-siaan ini,” tambahnya lagi.

Ketiga, individu itu juga mendakwa pemilik ciapan asal sengaja menimbulkan kegusaran dan ketakutan yang tidak wajar sesama Muslim yang ditegah oleh Rasulullah berdasarkan hadis;
“Tidaklah halal bagi seorang Muslim menakut-nakutkan seorang Muslim yang lain”.

Rata-rata pengguna Twitter turut bersetuju malah ada yang menyatakan benda ini juga berlaku di negeri Johor dan Selangor.

“Dekat Selangor dan Johor dah sekian lama khutbah dan tazkirah pakai pembesar suara dalam masjid. Azan je guna pembesar suara luar. Apa entah isunya,” kata salah seorang pengguna Twitter.

“Di Arab Saudi juga hanya membenarkan azan dan iqamah sahaja. Di Selangor, Ketua Agama Islam, Sultan Selangor juga menitahkan yang serupa,” komen yang lain.

“Adab waktu khutbah kena masuk masjid dan jangan lepak luar. Baru boleh bagi tumpuan, kalau pasang pembesar suara luar samalah macam masjid sokong orang lepak luar dengar khutbah,” komen pengguna lain pula.

“Tak faham kenapa ada orang suka cakap Pulau Pinang tak ada azan atau tak boleh azan kuat-kuat. Dekat kawasan rumah ni, masuk waktu solat ada tiga azan bergema dari tiga masjid dan surau. Dekat mana yang tak boleh azan kuat-kuat,” soal yang lain.

BACA:

Yang perempuan macam lelaki, yang lelaki macam perempuan – Sharifah Shahira

Harga kereta koleksi Sultan Brunei buat ramai terkejut, Kelab MU pun kalah

Mat Saleh kena sekolah dengan netizen kerana kritik KLIA