‘Geng Subuh macam Jumaat’, Alif Satar seru orang ramai solat subuh macma solat jumaat undang pujian netizen

Beberapa hari yang lalu, penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, telah memuat naik video di TikTok mengajak para pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Dalam video tersebut, Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar menunjukkan gambar dirinya bersama beberapa individu yang turut menyambut baik pelawaannya..

Mereka kemudiannya makan bersama di perkarangan masjid selepas menunaikan solat Subuh dan mendengar kuliah agama di masjid tersebut.

‘Geng Subuh macam Jumaat’, Alif Satar seru orang ramai solat subuh macma solat jumaat undang pujian netizen

Alif berkongsi hasratnya untuk mengadakan sesi serupa bersama para pelajar berdekatan dengan kariah masjid tersebut agar dapat bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Selepas solat, kami semua, termasuk jemaah perempuan, mendengar kuliah dan kemudian bersama-sama makan. Minggu depan, kami berancang untuk menyediakan menu kambing golek.

Kami mempunyai rancangan yang baik untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang menunaikan solat Subuh di masjid.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Alif Satar®️ (@alifsatar)

Di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji tindakan Alif yang berjaya mengajak ramai orang untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Menurut mereka, Alif bijak menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk mengajak para pengikutnya melakukan kebaikan.

BACA: Banyak yang tak tahu kegunaan butang ‘soak’ di mesin basuh, sangat berkesan