Genap setahun Presiden PAS dilantik Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri

Genap setahun Presiden PAS dilantik Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri

Pada 2 April yang lalu genap setahun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pelantikan ini dilihat membuka peluang untuk memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara di rantau berkenaan.

“Saya fikir ini antara jalan awal untuk mendapatkan laluan kepada perbincangan di peringkat kerajaan bagi meningkatkan pelaburan dan menarik pelabur dari Timur Tengah ke negara kita.

“Misalnya, jika kita ada masalah melibatkan jualan sawit dan sebagainya, kita cuba untuk mencari pasaran kita di negara berkenaan.


Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Univeristi Al-Azhar, Mesir merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.


Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004 disenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.

COMMENTS