‘Gemuk punca Shuk Sahar curang’, Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

'Gemuk punca Shuk Sahar curang', Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

‘Gemuk punca Shuk Sahar curang’, Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu. Rossalennah Natassyiah Asshafera isteri kepada pelawak Shuk Sahar mengambil pendirian untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangga mereka.

Rossalennah atau lebih mesra disapa Rossa Sera mendedahkan ada netizen yang mendakwa punca dia dicurangi disebabkan tidak pandai menjaga penampilan.

Biarpun begitu, Rossa Sera berkata dia tidak terasa hati langsung malah memilih untuk pandang ke depan.

Memang ada. Saya jarang baca komen, kadang ternampak… netizen siap kata dulu tak nak jaga penampilan tapi bila lepas macam ni, baru nak jaga.. nak kurus. Tetapi saya tak ambil hati pun.

Sebelum ini, wajah kepada Inayah Beauty menafikan penurunan berat badan dari 60 kilogram (kg) kepada 49 kg gara-gara ‘makan hati’ selepas kontroversi melanda perkahwinannya sejak tahun lalu.

'Gemuk punca Shuk Sahar curang', Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu'Gemuk punca Shuk Sahar curang', Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ditanya sama ada penting untuk wanita kekal langsing dan cantik bagi mengikat suami daripada jatuh ke tangan ‘penyondol.’

Sebenarnya dia bukan sebab kurus. Bagi saya, semua wanita cantik di luar sana.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

BACA:

Pengambilan Julai 2022 : Jawatan kosong kerani, minima SPM

Kereta polis potong garisan berkembar, ini penjelasan PDRM

DanaNITA : Pembiayaan sehingga RM150,000 bagi usahawan, ini cara mohon