Gempar !! Bincang kerajaan perpaduan beberapa pemimpin jumpa Tun M

Gempar !! Bincang kerajaan perpaduan beberapa pemimpin jumpa Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan.

Kelab penyokong bekas Perdana Menteri itu hari ini turut memuat naik tiga gambar pemimpin di Facebook Kelab Che Det.

Pada 26 Oktober lalu, Mahathir bertemu dengan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah diikuti esoknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mgid

Semalam, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu juga dilihat mengunjungi Mahathir di kediaman pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu di Seri Kembangan, Selangor.

Tun Mahathir dan Dr Zulkifli.

Hantaran di Kelab Che Det itu menekankan tentang kerajaan perpaduan dengan menyebut perbezaan parti harus diketepikan terlebih dahulu selaras saranan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah supaya berhenti bermain politik.

“Ketika negara diuji, kerajaan perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan.

“Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum.

“Malah, boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” kata Kelab Che Det lagi.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/kerajaan-perpaduan-adalah-formula-terbaik/