Gelagat lucu Jihan usung kerusi naik pentas AME 2021, dah tak boleh sorok baby bump

Gelagat lucu Jihan usung kerusi naik pentas AME 2021, dah tak boleh sorok baby bump. Siapa saja tak kenal dengan gerangan pengacara bermulut riuh, Jihan Muse yang sebelum ini sering muncul di kaca TV bergandingan bersama Nabil Ahmad.
Sekitar November lalu, malah kecoh pula ramai meneka artis wanita tersebut sedang hamil anak kedua selepas melihat penampilannya yang sedikit berisi di pentas ‘Gegar Vaganza 8’ namun dinafikan.

 

Dah Tak Boleh Sorok Baby Bump, Jihan Lucu Usung Kerusi Naik Pentas AME 2021 2

Best-best malam ni thanks to Jihan, Nabil dan Sherry

Gelagat lucu Jihan usung kerusi naik pentas AME 2021, dah tak boleh sorok baby bump

Terbaru di pentas ‘Anugerah MeleTOP Era (AME 2021)’ semalam, Jihan, Nabil serta Sherry Alhadad telah pun berganding sebagai pengacara. Siapa sangka, nama isteri kepada pelakon Ungku Hariz tersebut dipanggil untuk menerima Anugerah Personaliti TV MeleTOP menerusi rancangan ‘GV8’.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan selebriti berkenaan yang jelas kini mungkin sedang tunggu hari untuk menimang cahaya mata kedua.

Sampai angkat kerusi tu, tahniah Jihan Muse

@mymeletop Sampai angkat kerusi tu 🤣🤣🤣 Tahniah @jihanmuse menang Kategori Personaliti TV MeleTOP. ✨ #AME2021 #TetibaAME2021 #YangFreshYangLegend ♬ original sound – MeleTOP

Lebih lucu lagi adalah Jihan dilihat naik ke pentas sambil membawa sebuah kerusi plastik yang digunakannya bersama sambil diiringi dua orang pemuda. Sempat lagi dia berseloroh ingin pulang selepas mengambil trofi berkenaan.

Betulkan lagi tertutup seorang wanita, lagi cantik auranya terserlah keayuan…Simple je ucapan dia, saya balik dulu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang ucap tahniah atas kejayaan pengacara berkenaan. Dalam pada itu, imej bertutup litup artis tersebut semalam turut mendapat pujian ramai.

baca;

Macam ni ke perangai influencer? Hingga bahayakan nyawa orang lain…

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri