Gelagat Budak Takut Dengan Getah Mencuit Hati Netizen

Setiap orang pasti akan ada perasaan fobia dengan sesuatu bukan? Misalnya sebagai contoh fobia dengan laut yang digelar Thalasophobia.

Fobia ini adalah fobia yang takut dan cemas apabila melihat kedalaman dan keluasan laut.

Fobia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main.

Gelagat Budak Takut Dengan Getah Mencuit Hati Netizen

Hal ini kerana, ia juga boleh menganggu kestabilan mental seseorang akibat ketakutan yang melampau.

Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis ketakutan kerana takut dengan getah telah meraih perhatian ramai.

@nor_alrayyan Budak takut getah#homestaybertam #homestaykepalabatas #homestaypenang #betamwaterpark #homestaymurah ♬ original sound – Alrayyan

Nampak je getah, terus auto menangis sebab takut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nor_alrayyan, kelihatan dia sedang merakam reaksi anaknya ketika sedang makan.

Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah terdapat segenggam getah berhampirannya yang membuatkan dia menangis ketakutan.

Situasi itu membuatkan ramai berasa pelik kerana baru pertama kali melihat seseorang yang takut dengan getah.

Rupa-rupanya fobia dengan getah ini memang wujud dan digelar sebagai Astihophobia.

BACA: “Emak kata lebih suka duduk di rumah anak-anak yang kaya banglo besar siap ada sofa dan katil mewah, tapi akhirnya…”