Gelagat ayah nak suruh anak makan buat ramai bapa-bapa boleh relate dengan situasi ini

Gelagat ayah nak suruh anak makan buat ramai bapa-bapa boleh relate dengan situasi ini

“Nak Kasi Anak Makan Punya Pasal”, Ayah Join Main Kereta, Ajak Anak Makan “Drive Thru”

Sudah menjadi lumrah, kanak-kanak memang gemar bermain sepanjang masa.

Gelagat ayah nak suruh anak makan buat ramai bapa-bapa boleh relate dengan situasi ini

Pada awal usia baru mengenal dunia, banyak perkara yang kelihatan biasa pada mata orang dewasa, tetapi sangat menarik perhatian mereka.

Fasa hendak meneroka alam ini merupakan satu fasa yang sangat mencabar bagi ibu bapa. Pendek kata, anak-anak dalam fasa ini memang tidak reti untuk diam sebentar.

Kalau nak ajak buat sesuatu perkara, misalnya nak ajak makan, memang ada ibu bapa yang terpaksa ‘bertempur’ dengan anak-anak terlebih dahulu.

Sukar dan mencabarnya situasi ini, hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang memahami.

Oleh sebab itu, ibu bapa memang perlu menjadi extra kreatif bila nak bagi sesuatu arahan kepada anak-anak, misalnya nak ajak mereka makan bersama-sama. Mudahnya, kena ‘terjun’ sekali ke dalam dunia imaginasi bersama anak-anak.

Ibu Jadi Penjaga Tol Untuk Beri Makan Pada Anak Secara Menyeronokkan

@harizhamid77😇

♬ Dj Tang Tang Tang – Sanxanex


Seorang pengguna TikTok, Hariz Hamid (@harizhamid77) berkongsi satu video yang menunjukan suasana ketika dia dan isterinya mahu memberi makan kepada anak-anak.

Dalam video yang berdurasi 32 saat itu, pasangan suami isteri itu mencipta satu sketsa supaya anak-anak tertarik untuk menjamu selera agar tidak menjejaskan tumbesaran mereka.

Sketsa yang dicipta mirip suatu permainan dengan Hariz dan isterinya, masing-masing mempunyai watak dan peranan tersendiri.

Sketsa ayah dan anak main kereta, makan drive thru

Dalam video berkenaan, Hariz bertindak sebagai ketua pemandu yang memandu sebuah kenderaan sambil diekori oleh kenderaan yang dipandu anak-anaknya.

Misinya mudah sahaja, mereka perlu melalui sebatang jalan yang mengelilingi sofa dan ruang tamu. Bagaimanapun, mereka perlu melintasi sebuah tol, yang dijaga isteri Hariz ketika melalui jalan berkenaan.

Biasanya, pihak syarikat konsesi lebuh raya akan meminta pengguna jalan raya untuk membayar bayaran tol.

Akan tetapi, ‘tol’ ini tidak memerlukan ‘pengguna jalan raya’ berbuat sedemikian. Sebaliknya, ‘pengguna’ hanya perlu menadahkan mulut untuk disuap makanan.

Video yang mencuit hati telah meraih perhatian warga maya dengan meraih sebanyak 1.4 juta jumlah tontonan. Selain itu, video tersebut turut meraih 117.3K likes dan 4591 komen daripada pengguna TikTok.

Rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga ketika meluangkan masa bersama-sama. Ada juga yang memuji tindakan ibu bapa yang berkerjasama dalam menguruskan hal ahwam anak-anak bersama-sama.

“Pengorbanan bapak bapak yang jarang orang nampak,” tulis pengguna TikTok.

“Nampak remeh, tetapi moment ni anak-anak akan paling ingat, dia akan ulang-ulang cerita,” tulis komen pengguna yang lain.

BACA: Baddrol Bakhtiar kena bahan dengan netizen gara-gara manifesto ‘biarlah rahsia’