Gaya tudung Izara Aishah jadi kegilaan raya tahun ini

Gaya tudung Izara Aishah jadi kegilaan raya tahun ini.Pelakon terkenal Izara Aishah mencuri perhatian ramai apabila gaya lilitan tudungnya menjadi antara gaya tudung paling dikehendaki pada hari raya nanti.

Gaya lilitan yang merupakan idea asalnya itu mendapat permintaan tinggi apabila ramai yang meminta pelakon filem Pilot Cafe itu menghasulkan video tutorial.

Paling mengejutkan ialah apabila seorang lelaki berstatus suami orang, @luqman_kaka memohon pertolongan orang ramai agar mengajar isterinya cara pemakaian tudung gaya Izara itu.

“Assalamualaikum warga shawl (selendang). Nak tanya siapa tahu tutorial pakai shawl macam Izara ni?

“Isteri aku kata nak pakai gaya ini pada hari raya nanti. Sudah dua hari dia cari tutorial tak jumpa sampai tiada mood. Demi isteri tercinta, tolong saya,” katanya menerusi satu ciapan.

Ciapan tersebut mendapat perhatian Izara sehingga sudi merakam video tutorialnya dalam akaun TikTok.

@izaraaishahofficial🤍 Maaf ya tak biasa. Kekok sangat. Hopefully boleh faham.♬ Espacio – corandcrank

“Saya ada nampak satu ciapan seorang lelaki yang mencari tutorial tudung Izara untuk isterinya.

“Jadi, saya memang jenis lembut hati apabila lihat seorang suami nak gembirakan isterinya. Jadi, saya pun tergerak hati nak tunjukkan tutorial ini.

“Harapnya video ini akan membuatkan isteri dia gembira dan faham tutorial saya ini,” kata pemilik nama penuh Nik Izara Aishah Nik Izazurin itu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen gembira dengan perkongsian menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dan berharap dapat menggayakan cara lilitan Izara pada pagi raya nanti.

“Aku lelaki dan ini pertama kali menonton video tutorial tudung,” kata seorang netizen.

“Terima kasih Izara, semoga mengalir pahala sebab kongsi cara pemakaian tudung menutup aurat,” puji seorang lagi pengguna TikTok.

Perkongsian video tersebut telah berjaya meraih lebih 3.9 juta tontonan dan lebih 500,000 tanda suka.
TONTON :

“Saya pun rimas pakai mask ni..” – Ismail Sabri

Surat Haji dah keluar, ini perkara yang wajib jemaah ambil tahu

COMMENTS

Wordpress (0)