Gaya sempoi Lisa Blackpink bila balik kampung raih pujian dari netizen

Gaya sempoi Lisa Blackpink bila balik kampung raih pujian dari netizen.

Salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Lisa meraih perhatian netizen apabila dilihat santai berjalan di pasar raya walaupun bergelar seorang selebriti antarabangsa.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik satu video yang dilihat Lisa Blackpink yang berpakaian bersahaja dengan sepasang selipar berwarna ungu cair.

Gaya sempoi Lisa Blackpink bila balik kampung raih pujian dari netizen

Dalam video tersebut, Lisa dilihat membawa sejambak bunga dan beberapa plastik barangan yang lain miliknya bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya.

Video itu meraih perhatian netizen yang mengatakan Lisa seorang yang rendah diri walaupun dirinya seorang yang dikenali ramai.

@w.wun999 เป็นเกียรติมากที่มาเดินตลาดปากคลองตลาด #ดาราระดับโลก 🥰 #ลิซ่า #ดอกไม้สดปากคลอง #ขอนุญาตครับ #ลิซ่า ♬ LALISA – 리사 (LISA)


Pakai selipar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Lisa yang berjalan seperti ‘orang biasa’ di bandar Bangkok, Thailand.

Selain itu, terdapat juga komen yang kagum dengannya yang berjalan tanpa pengawal keselamatan.

BACA:

Rupanya jenama Malaysia yang mula berniaga di Johor, ini kisah Restoran Marrybrown yang ramai tak tahu

Ini satu-satunya ahli parlimen dalam Malaysia yang punyai 70 orang anak?! Ini kisah sebenarnya..