Gara-gara tayang emas tiruan masa balik haji, sekali Lembaga hasil kena ‘prank’ dengan wanita ini

Gara-gara tayang emas tiruan masa balik haji, sekali Lembaga hasil kena ‘prank’ dengan wanita ini

Seorang wanita yang baru pulang daripada menunaikan ibadah haji di Kota Suci Mekah dipanggil menjalani sesi pemeriksaan oleh Direktorat Jeneral Kastam Eksais

(Bea) Indonesia selepas video dia mempamerkan barang kemas tiruan seberat 180 gram tular di media sosial, lapor portal berita Okezone hari ini.

Gara-gara tayang emas tiruan masa balik haji, sekali Lembaga hasil kena 'prank' dengan wanita ini

Wanita dikenali sebagai Suanarti itu menjalani pemeriksaan pengesahan di agensi cukai itu di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan selama tiga jam, semalam.

Peguamnya, Ayu berkata, anak guamnya telah memberikan penjelasan kepada pegawai mengenai barangan kemas tiruan yang dibawa pulang itu.

“Anak guam saya sudah menyelesaikan isu dengan Bea Cukai dan dia telah menjelaskan semua isu mengenai video tular itu,” katanya.

BACA: Sophia Albarakbah dituduh ganggu rumah tangga artis terkenal lagi! Sekali tuan badan buka mulut

Sebelum ini, Suanarti tular di media sosial Indonesia kerana mempamerkan emas seberat 180 gram di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar sejurus mendarat di tanah air 5 Julai lalu.

Suanarti memaklumkan bahawa barang kemas tersebut dibeli di Arab Saudi ketika dia pergi menunaikan haji.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Bea Cukai Makassar, Ria Novika berkata, disebabkan barangan kemas yang dibawa pulang itu tiruan dan harganya tidak melebihi peruntukan duti import, pengecualian cukai telah diberikan.

“Memang benar emas (tiruan) itu dibeli dari luar negara. Harganya sekitar 900,000 rupiah (RM276.61) sahaja, jadi kurang daripada 1 juta rupiah (RM307.35) iaitu had minimum untuk cukai,” katanya

BACA:

Ajak ibu tengok kelas tempat anak mengajar sekali lain pula jadi bila ibu bersihkan dan kemas kelas undang reaksi netizen

Ini cara basuh seluar jeans supaya tak cepat ‘season’ confirm nak macam baru beli