Gara-gara selamatkan kawan dari didera bekas kekasih, bekas peserta Maharaja Lawak Mega sah bergelar suami isteri

Gara-gara selamatkan kawan dari didera bekas kekasih, bekas peserta Maharaja Lawak Mega sah bergelar suami isteri.

Seperti yang kita tahu, pasangan pelawak, Shashic Iewan dan Filzah Azmi selamat mendirikan rumah tangga selepas lebih 7 tahun menyulam cinta dalam diam.

Terbaru, tular satu tangkap layar memaparkan Shashic dan Filzah yang menyertai satu sesi podcast

Gara-gara selamatkan kawan dari didera bekas kekasih, bekas peserta Maharaja Lawak Mega sah bergelar suami isteri

Bersama dua orang anak Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul yang popular dengan kumpulan Arteh.

Menerusi podcast tersebut, Filzah menceritakan tentang jerih perih kehidupannya sebelum mereka mengikat tali perkahwinan.

Kita orang dua ni memang susah senang. Aku susah dia ada, dia susah pun aku ada.

Mak ayah dia susah pun, Shashic sentiasa ada untuk diaorang, dan bila aku susah mak ayah dia selalu belanja aku makan dan aku sangat berterima kasih.

Comedy couple Shashic and Filzah tied the knot

Bukan itu sahaja, Filzah juga mendedahkan bahawa pertolongan Shashic yang menyelamatkannya dari bekas teman lelaki yang kaki pukul menjadi asbab mereka mula berkawan dan bercinta.

Kita orang kenal (pada mulanya) sebagai kawan, Shashic menyelamatkan aku sebenarnya daripada didera. Aku ni selalu kena pukul dengan bekas teman lelaki. Jadi Shashic lah yang jadi penyelamat kepada kehidupan aku.

Dulu orang taknak kawan dengan aku dah sebab selalu kena pukul, muka bengkak-bengkak, lepastu taknak pergi balai, tapi dia (Shashic) lah yang selamatkan aku.

Aku lari pergi Sunway sebab dekat dengan rumah aku dan dia (Shashic) lah ‘hero’ yang selamatkan aku.

Sekadar info, Shashic dan Filzah sudah pun mengenali antara satu sama lain lebih dari tujuh tahun bahkan sebelum mereka menjadi pelawak lagi.

Mereka akhirnya mengikat tali perkahwinan pada 4 Jun 2023 yang lalu selepas bertunang pada tahun lepas.

BACA:

Bukan saja beracun, ini satu-satunya pokok dalam dunia boleh meletupkan dirinya macam bom dinamit ramai tak tahu

Jenazah terpaksa diangkut guna motosikal rupanya jalan berlubang macam ada di bulan sepanjang 13km