Gara-gara minum air gas campur spirit, 2 pelajar meninggal dunia tapi spirit tu apa? Ini jawapannya

Gara-gara minum air gas campur spirit, 2 pelajar meninggal dunia tapi spirit tu apa? Ini jawapannya.

Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat keracunan metanol.

Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing di Hospital Queen Elizabeth (HQE1) dan HQEII pada Rabu dan Khamis lalu.

Gara-gara minum air gas campur spirit, 2 pelajar meninggal dunia tapi spirit tu apa? Ini jawapannya

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, punca kematian ialah disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ akibat keracunan metanol.

Maksud Spirit Dalam Minuman

MyCheck terus membuat carian rawak dalam talian menggunakan kata kunci ‘Spirit dalam minuman’ dan kami menemukan maksud spirit yang terkandung dalam minuman itu.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), spirit ialah cairan yg mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar, ia juga diklasifikasikan sebagai campuran etanol dan metanol yang boleh digunakan sebagai bahan api dan pelarut.

Pada 9 Jun lalu, dua pelajar Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

BACA:

“Tak sedar diri punya suami, dah ada anak kecil acah-acah macam single nak keluar malam lepak dengan kawan-kawan”