Gara-gara komen ‘Nak pinjam Leona semalaman’, tak pasal-pasal suami orang anak satu terkenal di laman sosial
Pelakon Azhar Sulaiman merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan.
Tapi, dengar cerita Mami Azhar tengah cari seseorang, kenapa eh?
Baru-baru ini, Azhar telah memuat naik satu screenshot memaparkan seorang netizen meninggalkan komen berbaur lucah mengenai anaknya, Leona di TikTok.
Pelakon berusia 51 tahun itu memuat naik screenshot berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam pada masa yang sama, Azhar juga turut mendedahkan wajah si pelaku dan memberitahu tindakan lelaki tersebut dianggap melampau.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet turut memberi pendapat yang sama menyatakan tindakan lelaki itu adalah biadap. Malah, ada juga yang berasa kesal kerana sikapnya meskipun telah mempunyai isteri.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata-katanya terhadap anak gadis Azhar Sulaiman. Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.
BACA:
Tak sangka! Rupanya ramai tak tahu cara mudah tukar IC rosak, hanya call je selesai masalah