Gara-gara curi seluar dalam lelaki, wanita dipenjara 10 bulan

Gara-gara curi seluar dalam lelaki, wanita dipenjara 10 bulan

Gara-gara curi seluar dalam lelaki, wanita dipenjara 10 bulan. Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang ibu kepada tiga anak atas kesalahan mencuri pakaian termasuk pakaian dalam lelaki, keseluruhannya bernilai RM1,256.60 di sebuah pusat membeli-belah, minggu lalu.

Tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256.60 milik Pasaraya Aeon Bandaraya Melaka, kira-kira pukul 1.50 petang pada 24 November 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya, hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil, selain ibunya sedang menjalani rawatan kimoterapi.

Gara-gara curi seluar dalam lelaki, wanita dipenjara 10 bulan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan penjara 10 bulan dari tarikh ditangkap iaitu pada 24 November lalu.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan hendaklah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38 (B) akta sama, atas kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah jenis heroin pada hari ditangkap.

Tertuduh boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2023 bagi menunggu laporan patologi dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

BACA:

Anwar gesa budaya beri hadiah kepada PM dihentikan

Adun DAP mohon maaf kepada Ketua Pembangkang

Kerja 4 hari seminggu, 100 syarikat mula daftar setuju