Gara-gara bergaduh dengan suami, isteri ditinggal depan kedai berjam lamanya dalam keadaan sarat mengandung
Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mdazuan, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya dalam keadaan sarat mengandung di hadapan kedai selama berjam-jam.
Pemilik video klip ini mengatakan wanita ini bergaduh dengan suaminya dan suaminya telah bertindak meninggalkan beliau begitu sahaja tanpa memegang wang mahupun telifon bimbit.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan si suami tindak berhati perut dan tidak memikirkan perasaan si isteri yang sedang sarat mengandung. Ada juga yang berkongsi pengalaman di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama seperti wanita ini.
Netizen juga mengatakan berasa sebak melihat reaksi wanita ini yang sedang duduk dan termenung di hadapan kedai tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 97.3K penonton, 5304 sukaan dan 613 komen.
@mdazuan Apa sulitnya jika kita saling menghargai dan mengerti. Bukankah itu lebih indah dibandingkan hanya mementingkan diri sendiri @aqim03 @Fatma Selamat #fyp #toktitiktok #fypmalaysia🇲🇾 #suamiistri #hargaiisterimu ♬ original sound – mdazuanonXon
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Apa sulitnya jika kita saling menghargai dan mengerti. Bukankah itu lebih indah dibandingkan hanya mementingkan diri sendiri”
Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini ditinggalkan oleh suaminya dalam keadaan sarat mengandung di hadapan kedai:
BACA: