Gamat bila rider foodpanda hantar makanan ke dewan kuliah, ini rupanya terjadi

Gamat bila rider foodpanda hantar makanan ke dewan kuliah, ini rupanya terjadi

Gamat bila rider food panda hantar makanan ke dewan kuliah, ini rupanya terjadi. Sejak akhir-akhir ini, nama penghantar makanan seperti Foodpanda dan Grabfood sering kedengaran di media sosial tidak kisahlah sama ada membantu orang, melanggar lampu merah atau meleraikan pergaduhan.

Dahulu Tersebar satu video seorang food rider menghantar makanan ketika kelas sedang berlangsung.

Pada mulanya, penghantar makanan tersebut dilihat berdiri di depan pintu dewan kuliah sebelum lelaki yang disyaki pensyarah dalam kelas terbabit menunjukkan kedudukan pelajar tersebut kepada penghantar makanan tersebut.

Rata-rata netizen memuji sifat pensyarah tersebut yang dikatakan sporting dengan melayan karenah pelajarnya yang kebuluran meskipun beliau sedang mengajar di hadapan.

Pelajar tersebut tersipu malu apabila ada pelajar lain yang bersorak, ketawa dan menepuk tangan ketika rider Foodpanda itu berjalan menuju ke tempat duduknya untuk menyerahkan makanan.

Gamat bila rider foodpanda hantar makanan ke dewan kuliah, ini rupanya terjadi

Meskipun situasi ini dianggap sesuatu yang kelakar, namun bagi mereka yang masih belajar, pastikan anda makan sebelum kelas bermula untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.

Kalau boleh, elakkan daripada memesan makanan tanpa persetujuan pensyarah ketika pembelajaran sedang berlangsung kerana bukan semua pensyarah mempunyai kapasiti kesabaran yang sama untuk melayan karenah para pelajarnya.

Tindakan penghantar makanan Foodpanda terbabit wajar dipuji kerana tindakan mencari dewan kuliah di sesuatu kolej atau universiti tidaklah semudah mencari sebuah unit rumah di kawasan perumahan.

BACA:

Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan

Dihalau tuan rumah, akak ini terdesak cari tempat perlindungan hingga 2 pagi

Kongsi kisah bela ‘kucing datang’ di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik