Gaji warga asing lebih mahal dari warga tempatan, ini puncanya

Gaji warga asing lebih mahal dari warga tempatan, ini puncanya

Gaji warga asing lebih mahal dari warga tempatan, ini puncanya.eorang pekerja asing di Malaysia dikatakan boleh meraih pendapatan bulanan setinggi RM4,000 hingga RM6,000, mengalahkan gaji graduan.

Seperti yang dikongsi seorang pemuda bernama Abdullah Jamadi di TikTok, dia berkata warga asing di Malaysia kebanyakannya melakukan pelbagai jenis kerja termasuk mengambil upah memotong rumput, dan upah di kawasan pembinaan.

Bahkan jelasnya, gaji sekitar RM3,000 adalah paling rendah untuk warga asing dan tidak hairanlah jika pendapatan golongan ini boleh melebihi rakyat Malaysia sendiri.

“Warga asing dapat gaji RM3,000 tu paling kurang dah tu. Biasanya gaji warga asing ini kira-kira RM4,000 hingga RM5,000.

“Kadang-kadang RM6,000 pun ada,” katanya.

Gaji warga asing lebih mahal dari warga tempatan, ini puncanya

Dia memberikan contoh tukang kebun di rumahnya yang walaupun dibayar gaji, tetapi masih lagi mengambil upah memotong rumput di rumah-rumah dengan bayaran RM300 sebulan.

Menurutnya, jika pekerjanya itu mengambil upah 10 buah rumah, paling kurang dia boleh memperoleh pendapatan RM3,000 satu bulan tidak termasuk gaji tetap.

“Macam gardener rumah saya ini, dia dibayar gaji lepas itu ambil upah lagi. Upah untuk uruskan rumput sahaja sebulan RM300. Kalau ada 10 biji rumah, tak RM3,000? Belum tambah gaji bulanan dia lagi.

“Ada juga dalam kalangan warga asing yang gajinya RM7,000 hingga RM10,000 tiap-tiap bulan sebab dekat Malaysia ni memang banyak peluang.

“Itu belum cerita lagi untuk kerja-kerja pembinaan macam pasang-pasang mozek, ikat batu, buat rumah,” kongsinya lagi.

Selain itu, warga asing di negara ini juga dikatakan mampu memperoleh pendapatan sebesar berbelas ribu ringgit tetapi tidak dikenakan cukai seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Lagi dahsyat berbelas ribu ringgit pun dorang boleh dapat tapi kita je yang bayar cukai. Sebab itulah saya selalu bising pasal sistem pendidikan. Kita dok fokus pada akademik lepas tu bila habis belajar semua tak ada kerja.

“Habiskan masa belajar bertahun-tahun sehinggakan berhutang tapi selepas dapat kerja, gaji tak berbaloi,” tambahnya lagi.

@solihinlihin4007 #pencuri #umnogagal #umnogagal #bngagal #pngagal #kerajaanlemah #kerajaangagal #keluargamalaysiagagal #keluargamalaysia #gilakuasa ♬ original sound – Mohammad Solihin

BACA:

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….