Gaji RM5k pun ‘struggle’ hidup di Penang, dah macam duk KL

Gaji RM5k pun 'struggle' hidup di Penang, dah macam duk KL

Gaji RM5k pun ‘struggle’ hidup di Penang, dah macam duk KL. Sedar atau pun tidak, kehidupan di kota raya Kuala Lumpur memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang amat tinggi. Begitu juga dengan kehidupan di Pulau Pinang atau Penang yang juga mempunyai kos sara hidup yang tinggi yang juga merupakan pusat dan juga tumpuan pelancong.

“Dah macam duduk kat KL, gaji RM5k pun nak kena bajet betul-betul sampai hujung bulan”

Disebabkan itu, dengan pendapatan RM5,000 juga mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup sehingga hujung bulan. Bukan hanya hujung bulan, awal bulan setelah gaji pun duit boleh ‘lesap’ kerana dibebani dengan komitmen bulanan yang tinggi seperti ansuran kereta, rumah, bil-bil termasuklah bil internet. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga, maka komitmen juga turut bertambah.

Gaji RM5k pun 'struggle' hidup di Penang, dah macam duk KL

Oleh itu, teknik pengurusan kewangan juga amat penting terutamanya bagi mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah atau B40. Antara teknik yang berkesan dalam pengurusan wang adalah berbelanja mengikut keperluan dan bijak dalam melakukan pemilihan produk dan servis yang berbaloi serta lebih jimat. Antaranya ialah menguruskan perbelanjaan dengan kadar yang berbaloi seperti shopping dan langganan internet. Kita tahu yang kita boleh mengawal diri untuk kurangkan shopping, tapi bagaimana pula dengan internet yang penting untuk rutin harian?

Kita semua sedar bahawa internet pada hari ini merupakan satu keperluan bagi ramai pihak tidak mengira usia sama ada orang dewasa, pelajar dan juga kanak-kanak. Jadi, sudah pasti bil internet setiap bulan adalah salah satu komitmen bulanan yang agak tinggi hingga ada yang mencecah ratusan ringgit. Kalau dapat kurangkan kos bil internet, mesti komitmen bulanan akan lebih rendah bukan?

BACA: Budak 10 tahun ada aset RM65.1 juta, apa dia buat?

Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu