Gagal dapat jawapan dari cikgu, murid buat aksi lambung pemadam

Gagal dapat jawapan dari cikgu, murid buat aksi lambung pemadam

Gagal dapat jawapan dari cikgu, murid buat aksi lambung pemadam. BAGAI menggamit kenangan zaman persekolahan.

Begitulah reaksi netizen selepas menonton video memaparkan seorang murid yang membaling pemadam sebelum ‘menembak’ pilihan jawapan ketika mengikuti ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolahnya, pada Selasa.

“Teringat zaman sekolah dulu jawab exam macam ni.

“Tak sangka budaya dadu pemadam ni masih ada di zaman TikTok.

“Ya Allah semoga berjaya dik. Kadang-kadang tembak macam ni mengena.

Gagal dapat jawapan dari cikgu, murid buat aksi lambung pemadam

“Teknik turun-temurun jawab exam untuk budak study last minute.

“Ilmu legend ni, saya dulu pernah guna,” tulis beberapa netizen.

Saya cuma minta mereka yang tengok video ini agar doakan kejayaan anak didik saya, agar mereka berjaya dunia akhirat.

Menurut pemilik video, Mohamad Zaim Assih, 30, yang juga seorang guru, dia terhibur melihat gelagat murid dikenali sebagai Damia itu sebelum bertindak membuat rakaman video secara spontan.

“Kejadian berlaku ketika PBD pada hari Selasa. Damia, seorang murid bangsa Melayu sedang menjawab paper Bahasa Cina. Dia tanya saya, tapi saya pun tak tahu Bahasa Cina. Sebab saya ajar dia Pendidikan Jasmani (PJ) dan Bahasa Melayu (BM).

“Ketika saya sedang ronda kelas, saya ternampak dia baling-baling pemadam sebelum ‘tembak’ jawapan. Agak lama dia buat macam tu. Saya terhibur dan terus rakam video,” ujarnya yang bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Johor.

Senang disapa Zaim, dia turut meminta kebenaran ibu bapa Damia sebelum berkongsi video tersebut ke aplikasi TikTok.

Tambah Zaim, dia tidak menyangka video itu tular dalam tempoh singkat, namun terhibur membaca segala jenaka netizen yang berasa lucu melihat kejadian itu.

“Damia tak perasan ketika video dirakam. Tapi saya ada minta kebenaran ibu bapa sebelum kongsi video, mak dia memang kenal saya. Saya dah mengajar Damia sejak dia darjah tiga.

“Mak dia cakap dah suruh belajar tapi tak nak, tu dia main pemadam. Ramai juga netizen komen bahawa ia teknik turun temurun. Ramai sebenarnya yang cari jawapan dengan cara ini. Pada saya, itu semua ragam murid-murid. Setiap kelas ada ragam berbeza.

damia 2

Zaim memulakan tugas dalam bidang perguruan pada tahun 2016.

“Ada yang baling kertas, tulis kat pemadam, yang simpan buku dalam tandas pun ada untuk meniru. Cikgu memang tahu, ini situasi yang sentiasa berlaku dalam dunia pendidikan. Tapi cikgu juga akan sentiasa pesan supaya mereka jujur.

“Paling penting kena buat sehabis baik. Saya cuma minta mereka yang tengok video ini agar doakan kejayaan anak didik saya, agar mereka berjaya dunia akhirat,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai Damia, Zaim berkata murid itu merupakan pengawas pusat sumber yang sangat ringan tulang dan sering ke depan apabila guru memerlukan bantuan.

Mengenai dirinya pula, Zaim yang berasal dari Sabah turut mengajar subjek Pendidikan Seni Visual dan mula berkhidmat dalam bidang perguruan sejak tahun 2016.

Sehingga kini, video yang dikongsi olehnya meraih lebih 1.5 juta tontonan di platform TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

BACA:

Modify Toyota jadi Ferrari, lelaki bakal dipenjarakan

Penyampai radio wanita kongsi pengalaman rumah ditembak

Wanita berdepan denda RM50 juta kerana terima deposit RM82 ribu