Ada sebab mengapa kebersihan adalah faktor penting semasa berniaga, apatah lagi jenis makanan yang dimasak di rumah dan bukan di hadapan mata.
Siapa sahaja tidak terkejut jika terjumpa bangkai haiwan kecil dalam makanan yang dibeli, pasti trauma.
Seorang lelaki dan anak perempuan trauma selepas menjumpai bangkai cicak dalam samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh.
Menurut portal Ary News, apabila gadis berusia 13 tahun itu mula rasa pelik apabila dia menggigit sesuatu yang kenyal, apabila melihat isi di dalamnya, rupanya seekor cicak.
Terkejut dengan penemuan tersebut, gadis itu dengan cepat menunjukkan ia kepada bapanya Manoj Kumar.
Lebih memualkan Manoj sudah memakan beberaba samosa sebelum kedua-dua mereka memuntahkan kembali apa yang sudah ditelan.
Tular rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa yang dimakannya di tepi jalan. Manoj kemudian nekad membawa polis ke kedai tersebut.
Bagaimanapun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersbeut kerana dia menyumbat isi kentang itu menggunakan tangannya sendiri.
Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas kerap mual dan muntah namun kini dalam keadaan stabil.
Pegawai polis berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut.
Baca juga:Siapa ada duit RM1 bertandatangan Tan Sri ini automatik jadi kaya