Gadis mental nak kahwin tapi BF masih belajar, “Rasa macam nak kahwin je dengan sesiapa…”

Bagi kebanyakan kaum Hawa, soalan berkaitan jodoh dianggap agak sensitif.

Bayangkan apabila orang sekeliling asyik bertanya bila mahu menamatkan zaman bujang, sudah pasti serabut kepala dibuatnya lebih-lebih lagi jika belum bersedia ke arah itu.

Begitulah situasi yang dialami oleh wanita ini yang mengakui dirinya tertekan apabila kerap ditanya soalan sedemikian.

Gadis mental nak kahwin tapi BF masih belajar, “Rasa macam nak kahwin je dengan sesiapa…”

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia sudah mempunyai kekasih dan sememangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya itu.

Apa yang membuatkan dirinya runsing, jejaka itu masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan dia terpaksa menunggu beberapa tahun lagi sehingga pengajiannya tamat.

“Dia sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan akan habis hujung tahun hadapan (2024). Tapi disebabkan perkara tertentu, dia kena extend, maksudnya tahun 2026 baru habis.

“Satu perkara yang saya pasti tentangnya adalah dia sangat-sangat menyayangi saya, dan dia pun takut saya tinggalkan dia dan kahwin dengan lelaki lain.

“Tapi kadang-kadang saya tak dapat menahan perasaan macam ni… buntu dan putus asa. Saya sudah bekerja dan hanya tunggu dia bila nak habis belajar,” luahnya.

Disebabkan perlu menunggu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun lagi, wanita tersebut juga mengakui hatinya kadang-kala rasa berbolak-balik ekoran tekanan daripada orang sekeliling.

“Saya pun bukannya muda lagi. Dah memang usia orang tanya bila nak kahwin… sampai rasa macam agak tertekan, kadang rasa putus asa, nak cari saja sesiapa dan kahwin.

“Kadang-kadang rasa memang tak mampu nak tinggalkan dia tapi situasi ini membuatkan saya buntu. Kitaorang dah kenal keluarga masing-masing.

“Tolong saya, saya perlukan kata-kata sokongan dan pandangan positif. Saya rasa macam keseorangan dalam dunia ni dan menunggu sesuatu yang belum pasti terjadi,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, pelbagai pandangan disuarakan netizen namun ada yang mempersoalkan kesetiaan wanita berkenaan.

“Kalau kau sayang dia, kau tunggu… kalau kau betul-betul dah gatal nak kahwin tu, cari sajalah orang lain

“Dugaan sebelum kahwin pun kalah mental, macam mana nak hadap dugaan lepas kahwin?

“Kau dah jumpa orang lain sebenarnya kan? Konon nak sorok belakang alasan ‘nak je cari sesiapa and kahwin,’” demikian antara komen netizen.

Antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Namun dalam pada itu, ramai yang menasihatkan wanita berkenaan agar memanfaatkan tempoh menunggu itu dengan mempersiapkan diri melakukan rancangan perkahwinan.

“Dalam masa tengah tunggu teman lelaki, buat plan sendiri untuk kahwin seperti kumpul duit, ilmu dan lain-lain. Pasal ‘makcik bawang’ tu abaikan, buat hal sendiri.

“Pakailah masa menunggu untuk buat target, bina tabung kahwin dan membina keluarga dan bina skor kredit iaitu bersedia buat pinjaman beli rumah.

“Banyak benda lagi you boleh buat sementara bujang dan tunggu teman lelaki nak habis belajar, pergi explore dunia sana tu,” komen netizen.

BACA JUGA:“Aku dah terlanjur dengan beberapa lelaki, suami orang pun ramai, tapi hanya sekadar suka-suka sebab aku tak serius nak berumah tangga”