Gadis melayu ini kongsi pengalaman punyai bapa mertua cina, ibu mertua india

Gadis melayu ini kongsi pengalaman punyai bapa mertua cina, ibu mertua india

Gadis melayu ini kongsi pengalaman punyai bapa mertua cina, ibu mertua india. Ini baru Keluarga Malaysia! Mak mentua lain bangsa jaga menantu pantang macam ‘queen’. TAK kaya harta tak apa, asalkan dapat keluarga yang baik dan sentiasa hidup berkasih sayang pun dah bersyukur sangat.

Begitu jugalah bagi pasangan suami isteri ini yang berkahwin campur dan kehidupan mereka sangat harmoni sekali.

Biasanya cabaran untuk memahami budaya lain pasti ada tapi yang uniknya bagi keluarga Dr Siti Hajar Md Hanif, keluarga mentua cukup baik sekali dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menerusi video dikongsikan Dr Siti Hajar, ibu mentuanya yang berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang selepas bersalin pada 30 Jun lalu.

“Saya bersalin anak ketiga tahun ini. Sebelum tu memang dah rancang, masa pantang mak mentua datang dari Perak jaga saya.

“Dua minggu sebelum bersalin lagi dia dah datang sebab masa tu saya memang sarat. Dia tolong masak untuk saya yang makin tak larat nak bergerak, siap bantu uruskan budak-budak (cucu) nak pergi sekolah.

Gadis melayu ini kongsi pengalaman punyai bapa mertua cina, ibu mertua india

“Bila dah bersalin, dia sambung jaga saya. Masak makanan pantang, siapkan air mandian herba, mengasuh baby masa saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian pun dia tolong buat,” ujarnya.

Lebih menarik lagi, Dr Siti Hajar memberitahu, suaminya memeluk Islam pada 2014 dan kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang.

Bercerita lanjut mengenai keunikan keluarganya, wanita berusia 36 tahun itu berkata bapa mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu.

Mengimbas mengenai proses berpantang, Dr Siti Hajar berkata Thaivani menguruskan dirinya mengikut cara Melayu tetapi memasak masakan masyarakat Cina.

“Ibu mentua biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang masak kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry.

“Ibu memang pandai masak masakan tu semua sebab lepas kahwin dulu dia duduk dengan ibu mentua berbangsa Cina. Masa pantang ibu mentua dia yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara Orang Cina.

“Walaupun berlainan amalan dan budaya tetapi sebenarnya tak banyak beza pun cara berpantang tiga bangsa ini. Kelainan pada masakan saja sebab saya pun tak ikut betul-betul pantang macam Melayu zaman dulu,” katanya.

Menurutnya, ini kali kedua ibu mentua membantu menguruskan dirinya sehingga hari ke-30 berpantang.

Susulan perkongsiannya itu ramai yang gembira melihat keakraban keluarga ini yang hidup dengan penuh kasih sayang.

“Alhamdulilah..dapat mother in law yang baik pun adalah salah 1 rezeki dari Allah”

“Hargai ibu mentua mu puan….1 dalam 10 tu….rezeki puan

“Seronok tengok keluarga macam ni. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga akak”

“Bangsa dan agama bukan ukuran untuk bahagia. Namun sesiapa yang memilih Allah untuk bahagia bersama adalah satu ANUGERAH. Alhamdulillah

BACA: 

Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton

Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen