Gadis berang ‘Housemate’ suka bawa balik BF, rupanya ini yang selalu dia buat dalam bilik
Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang
Dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki.
“Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang housemate ni selalu sangat bawa boyfriend masuk rumah.
“Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat assignment, dia datang cakap ‘boyfriend aku nak masuk rumah kejap tau’.
“Kemudian kami pula yang kena angkat barang masuk dalam bilik buat kerja,” luahnya.
Lebih membuatkan gadis ini dan penghuni serumah lain kurang selesa, rakannya itu tidak segan silu ‘menumpangkan’ kekasihnya untuk bermalam di rumah sewaan mereka.
Bukan sahaja mengganggu privasi, namun gadis ini kesal kerana rakannya itu seolah-olah tidak menghormati batas aurat penghuni lain apabila membawa seseorang yang bukan mahram masuk ke rumah.
“Selalunya kekasihnya memang tidur dalam bilik dengan dia, pagi esok baru keluar rumah balik. Satu hari ni, saya bangun pagi nak mandi.
“Keluar je dari bilik, dengar suara dia dengan kekasih tengah borak-borak kat dapur. Lepas itu tahu pula gelabah konon nak ‘lindungi’ aurat saya.
“Dia memang langsung tak kisah pasal privacy dan aurat kami, asalkan boyfriend dia dapat masuk rumah. Bayangkan bayar sewa mahal tapi kena kongsi rumah dengan lelaki stranger. Bodoh,” luahnya lagi.
Bukan tidak pernah bersuara atau menasihatkan rakan serumahnya itu, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
“Kami students dan tak tahu sangat kalau ada kes-kes macam ni. Please suggest macam mana nak report atau buat sesuatu,” ujarnya meminta pandangan warga maya.
Luahan tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter @ibjela dan sehingga kini meraih lebih 2,000 ulang kicau.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib gadis tersebut dengan rakan-rakan serumahnya.
Mereka turut tampil dengan pelbagai cadangan untuk membantu gadis berkenaan menyelesaikan masalah tersebut.
BACA: 22 ‘kerusi panas’ dalam PRN 6 Negeri jadi rebutan , ini antara kerusi tersebut