“Fesyen Apa Ni Neelofa? Berpurdah tapi baju siap tuck in sampai nampak sesuatu ?”

Penampilan Neelofa dalam video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini mengundang perhatian ramai.

Difahamkan Neelofa hadir ke satu mesyuarat dengan menggayakan seluar fesyen ala-ala Aladdin.

Namun apa yang kurang senang dipandang adalah bajunya yang pendek dan sengaja dimasukkan ke dalam (tuck in).

 "Fesyen Apa Ni Neelofa? Berpurdah tapi baju siap tuck in sampai nampak sesuatu ?"

Di ruangan komen ada yang tak puas hati dan mendakwa fesyen tuck ini adalah sangat tidak sesuai diagayakan memandangkan Neelofa memakai purdah.

Kata mereka lagi penampilan seperti itu seolah-olah seperti sengaja nak menampakkan bentuk tubuh badan.

@cahayabungabiru16 Ladyboss back in action 😎 #neelofa #neelofaharis #ilofayou #ladyboss #naelofar #gofar #fyp #fypage ♬ оригинальный звук – 𝐌 𝐔 𝐒 𝐈 𝐂.𝐊 𝐙 🎧

Lebih manis sekiranya baju tersebut dilabuhkan seperti biasa.

Dalam masa yang sama ada juga yang mempertahankan Neelofa sebab tudung yang dipakai panjang sekaligus menutup bahagian perutnya.

Sebelum ini Neelofa kata pakaian yang dipakai pastinya mendapat keizinan pak ustaz dulu iaitu suaminya Haris Ismail.

BACA: “Aku mangsa cinta suami orang, aku nekad buat report tapi saat jumpa isterinya aku terkedu, hidup-hidup aku ditipu”