Cinta dan duit merupakan perkara yang sangat penting dalam hidup seseorang individu. Cuma sebagai seorang manusia kita tidak akan tahu adakah jodoh kita sampai pada waktu yang tepat atau sebaliknya. Semua rezeki kita telah tertulis dan kita sebagai manusia harus terima dengan seadanya.
Menerusi hantaran di laman Tiktok HotFm, kelihatan penyampai radio mereka Fara Fauzana sebak apabila bercerita tentang pendapat beliau mengenai topik cinta dan duit ini .
“If you ask me I tak akan pilih duit, I akan pilih cinta” itu lah kata-kata yang diberikan oleh penyampai radio cantik jelita ini. Sewaktu beliau mengungkapkan perkataan itu, Fara kelihatan begitu sebak sehingga dia menitiskan air mata.
Rata-rata netizen juga memberikan semangat dan doa supaya Fara bertemu dengan jodohnya suatu hari nanti serta berkongsi pengalaman mereka mengenai topik yang dibincangkan.
“Muda-muda kita rasa boleh survive tanpa cinta, hidup sorang-sorang”
Netizen juga memberikan semangat kepada Fafau supaya beliau tidak risau dan sentiasa enjoy dengan kehidupannya yang sekarang, “Sabar ya Fafau, akak pun dah 49 tahun masih belum temui cinta dan berkahwin”.
Fara Fauzana pernah hampir mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dengan seorang jejaka bernama Mohamed Hafiz namun ia dibatalkan tanpa sebarang kenyataan yang diberikan oleh mana-mana pihak mengenai perkara tersebut.
Baca juga: Dah beriya sedia persiapan pertunangan, pihak lelaki pula batal majlis masa hari kejadian