Faisal Halim keluar hospital

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, mungkin akan dibenarkan keluar dari hospital minggu ini setelah menjalani pembedahan terakhir pada 20 Mei lalu.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair, berkongsi bahawa Faisal telah menjalani pembedahan keempat

yang melibatkan prosedur ‘split skin grafting’ (SSG). Perkembangan Faisal akan terus dipantau di hospital untuk memastikan pemulihan yang baik.

Menurut laporan, Dr. Hazwan berkata, “Faisal menjalani pembedahan keempat membabitkan prosedur SSG seperti yang dirancang pakar bedah. Jadi bagi sebarang perkembangan,

saya rasakan kita perlu menunggu 48 hingga 72 jam untuk melihat status Faisal selepas pembedahan itu.

Faisal Halim keluar hospital

Insya-Allah ini adalah pembedahan terakhir, tetapi kita perlu ingat perkara ini berperingkat dan kita perlu menilai Faisal secara klinikal dari semasa ke semasa.

Saya harap tiada prosedur besar-besaran untuknya selepas ini.”

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat mencari suspek yang terlibat dalam kes simbah asid terhadap Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa suspek dianggarkan berumur 30 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, susuk badan sederhana, dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, mendedahkan bahawa Faisal Halim sebenarnya disimbah asid sulfurik pekat, yang menyebabkan kecederaan melecur tahap empat.

Asid sulfurik pekat adalah cecair yang sangat mengkakis dan berbahaya, mengakibatkan kulit melepuh dan melecur teruk apabila terkena.

Kita mendoakan agar Faisal Halim segera sembuh dan kembali beraksi di padang, serta agar pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa suspek ke muka pengadilan secepat mungkin.

BACA: Ramai nak cuba tanam durian bila harga makin mahal, ini cara buat baja DIY confirm jadi!