Fahami dahulu makna ‘Sultan bayangan Allah’ – Dr. Zulkifli

Fahami dahulu makna ‘Sultan bayangan Allah’ – Dr. Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyelar tindakan sesetengah pihak mengenai hadis Sultan sebagai bayangan ALLAH di muka bumi
ini.

Bayangan ALLAH itu menurut al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil. Ia juga bermakud kemuliaan dan kekuasaan.

Alhamdulillah, saya suka apabila semakin ramai mula ingin mengenali hadis, termasuk memahami hadis daripada sudut ilmu dirayah dan ilmu riwayah, tidak ‘cherry-picking’,” katanya.

COMMENTS