Malam AJL ke-38 tidak menyaksikan Ernie Zakri meraih kemenangan dalam mana-mana kategori, walaupun beliau sebelum ini telah memenangi Anugerah Vokal Terbaik dalam AJL ke-32 dan ke-35. Walau bagaimanapun, kegagalan ini tidak menghalang Ernie dari bersikap ceria dan tenang ketika pengumuman pemenang.
Meskipun tampak tabah, Ernie tidak dapat menahan air mata apabila bertemu dengan para peminat selepas acara berakhir. Dalam satu klip yang menjadi viral di TikTok, Ernie mengungkapkan bahawa air matanya tidak jatuh kerana kegagalan meraih kemenangan, tetapi disebabkan terharu dengan sokongan daripada para peminat yang hadir di Axiata Arena.
Dalam klip tersebut, Ernie menyampaikan rasa terima kasih kepada Ernienators yang memberikan sokongan padanya. Beliau menekankan bahawa perjalanan ini adalah untuk mereka dan tanpa sokongan daripada Ernienators, segalanya tidak mungkin menjadi kenyataan.
“I do this for guys okay, I fight for you guys, Astana ni dia lain sikit for me, this journey is definitely for Ernie nators. Saya tak cuba sehabis upaya kalau tak ada Ernienators ni, so for you guys yang 200 orang yang datang pada malam ini, I am so thankful, I am so grateful, terima kasih banyak-banyak.
“Saya tak tahu macam mana nak balas. Saya tak mampu nak balas, apa yang saya mampu balas adalah persembahan Astana tadi.”
Ernie menegaskan bahawa sokongan peminat adalah satu sumber kekuatan yang besar baginya, dan dia bersyukur dan terharu dengan kesetiaan para peminat yang hadir pada malam tersebut. Walaupun tidak meraih kemenangan, beliau berjanji untuk terus berusaha yang terbaik untuk Ernienators.
@ntshleeya We always love you no matter what ❤️ persembahan malam tadi ckup memenagkan hati kami ❤️ #ajl38 #erniezakri #fyp #trending @erniezakriez ♬ original sound – ntshleeya
Melalui ruangan komen, ramai netizen menyatakan sokongan moral kepada Ernie, menunjukkan bahawa mereka tetap setia bersamanya. Namun, ada juga yang mengemukakan harapan agar Ernie Zakri muncul dengan lagu bergenre Irama Malaysia, merespon kepada kemampuan beliau dalam membawakan lagu Anta Permana yang mendapat pujian luas.
Baca juga: Kalau tersentuh wanita lain batal wuduk ke masa tawaf?