Enot sedih dah lama tiada tawaran berlakon, rupanya sebab ini..

Pelakon yang sering menghiasi kaca televisyen dengan watak selamba dan lucu, Enot semakin sukar dilihat dalam dunia seni.

Pelbagai kontroversi melanda dirinya sehingga ada pihak produksi yang gusar untuk memberi tawaran berlakon.

Menurut satu temu bual bersama mStar, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah bimbang mulut orang menyebabkan dia sukar mencari duit demi kelangsungan hidup.

Enot sedih dah lama tiada tawaran berlakon, rupanya sebab ini..

“Saya tak boleh nak cari makan di luar sana. Bagaikan ditanam hidup-hidup. Tidak tahu kenapa berlaku begini.

“Mungkin ada mulut-mulut yang menyampaikan sehingga orang tak mahu bagi saya tawaran berlakon,” katanya seperti dipetik mStar.

Tertekan dan anxiety

Pada masa sama dia memaklumkan hak tersebut menyebabkan tekanan kepada dirinya hingga mengalami anxiety (kegelisahan).

“Disebabkan terlalu percayakan orang juga boleh mengundang kepada tekanan dan akhirnya menyebabkan anxiety. Saya berkongsi masalah diri namun kisah itu disampaikan kepada orang lain.

“Orang mula membuat spekulasi tentang saya sedangkan perkara itu tidak betul. Jadi lebih baik saya berdiam dan hanya berserah kepada Allah,” ujarnya.

Harapkan tawaran berlakon

Tidak mahu terlalu bergantung dengan bantuan semata, Enot mengharapkan ada pihak yang sanggup memberikan tawaran berlakon buatnya.

“Saya tidak suka nak harapkan bantuan. Jadi berilah saya peluang kerja. Kalau ada tawaran berlakon saya akan terima.

“Bukan hanya dapat tambah pendapatan, saya juga boleh lari dari tekanan. Berlakon adalah jiwa saya. Tak mungkin saya tinggalkan kerjaya seni,” jelasnya.

BACA: Layanan first class butik baju melayu selepas pelanggan mengadu kurta koyak dipuji