Empat plaza tol turunkan harga mulai 20 oktober ini

Empat plaza tol turunkan harga mulai 20 oktober ini

Empat plaza tol turunkan harga mulai 20 oktober ini.”Bagi menunjukkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi rakyat akibat kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan mengurangkan tol.

“Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Penyuraian Kajang (SILK) yang akan berkuat kuasa pada 12.01 pagi 20 Oktober ini,” kata Perdana Menteri ketika merasmikan lebuh raya Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis.

Langkah penstrukturan semula itu akan menyaksikan kerajaan menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit, katanya.

Empat plaza tol turunkan harga mulai 20 oktober ini

Dua lagi tol iaitu Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di bawah IJM Corporation Bhd akan dikurangkan pada 1 Januari 2023.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata lebuh raya DASH merupakan laluan alternatif pengguna jalan raya dari Shah Alam dari arah barat ke Kuala Lumpur dari arah timur.

“Ia akan mengurangkan kesesakan lalu lintas, masa perjalanan dan aliran trafik dengan lebih berkesan di kawasan antara dua bandar itu.

“Ia dijangka membantu melancarkan trafik di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Sungai Buloh dan Persiaran Surian sebanyak 40 peratus yang menjimatkan sehingga 30 minit berbanding satu setengah jam pada waktu puncak,” katanya.

BACA:

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar