Empat ADUN tarik sokongan, kerajaan negeri Melaka tumbang

Empat ADUN tarik sokongan, kerajaan negeri Melaka tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi.

ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi wakil rakyat kerajaan umum tarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan mendakwa kerajaan negeri Melaka telah tumbang.

Tiga lagi ADUN ialah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

COMMENTS