Elvina tampil cerita sebenar setelah tampil seksi di KLFW

Elvina tampil cerita sebenar setelah tampil seksi di KLFW

Elvina tampil cerita sebenar setelah tampil seksi di KLFW. Baru-baru ini, penampilan seksi pelakon Elvina di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) menjadi perhatian ramai apabila mencetuskan rasa kurang senang netizen.

Menerusi foto dikongsikan, Elvina dilihat memakai busana serba putih yang hampir mendedahkan pangkal pahanya bagi memberi sokongan kepada seorang pereka tempatan.

Memetik Kosmo, Elvina memohon maaf jika penampilan itu membuatkan netizen rasa kurang senang namun dia berpakaian begitu hanya pada acara itu sahaja.

“Saya berpakaian begitu hanyalah untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini. Tidaklah memakainya untuk urusan harian lain.

Elvina tampil cerita sebenar setelah tampil seksi di KLFW

“Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.

“Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Elvina mengakui mungkin silapnya berpakaian sebegitu sehingga mengejutkan peminatnya.

“Mungkin salah saya juga, tidak semua pengikut media sosial boleh menerima gaya seperti itu.

“Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun, baju itu hanya untuk acara tersebut,” katanya.

BACA:

Kelibat Jho Low kelihatan di China, berjaya dirakam

Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun