Elly Mazlein mohon maaf pada Cliff Umar sebab terlanjur bermulut celupar, ini rupanya dia sebut

Cliff Umar langsung tak ambil hati dengan gurauan dibuatElly Mazlein ketika pertandingan minggu pertama program All Stars Gegar Vaganza.

Katanya dia memahami Elly hanya menjalankan tugasnya sebagai hos program itu bagi menghidupkan suasana daripada menjadi hambar.

“Dia (Elly) hanya menjalankan tugasnya sebagai pengacara, dia menghiburkan orang dan itulah cara dia bekerja.

Elly Mazlein Minta Maaf Kepada Cliff Umar Sebab Terlanjur Bermulut Celupar, ini rupanya dia sebut

“Saya tak nafikan memang itu yang netizen suka… Tidak mengapalah, apa sahaja yang dia katakan hanya sebagai tuntutan kerjanya sebagai hos.

“Saya langsung tak simpan dalam hati atau tersinggung akan perkara itu malah saya hormatinya sebagai pengacara,” katanya kepada mStar.

Pada konsert minggu pertama itu, Cliff yang baru selesai membuat persembahan dilihat dalam keadaan berpeluh.

Elly mengusik Cliff dengan memberitahu mahu mengambil tisu mengelap peluh di wajahnya namun tidak melakukan hal demikian kerana bimbang dimarahi suami.

Bagaimanapun rakan pengacara, Nabila Ahmad tiba-tiba mengusik tindakan Elly itu sebagai berat sebelah kerana sebelum itu dia kelihatan mesra dengan peserta Singapura, Hardy Mirza.

Secara spontan, Elly memberitahu ‘kita tengoklah siapa orangnya’ yang seolah-olah memberi gambaran dia tidak menyukai paras rupa Cliff.

Dalam pada itu, Cliff berkata, ketika kejadian dia sebenarnya tidak dapat menangkap apa diperkatakan Elly namun pengacara itu datang bertemunya di belakang pentas meminta maaf.

“Sejujurnya pada waktu itu saya tak dengar apa yang dikatakan olehnya tapi masa dia minta maaf di belakang pentas saya tengah blur dengan apa yang berlaku.

“Kenapa dia minta maaf? Apa dia buat? Sekali lagi saya katakan dia hanya melakukan tugasnya sebagai pengacara,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Cliff yang tersingkir pada minggu kedua ASGV memberitahu akan memberi fokus sebagai vokalis baharu kumpulan Meet Uncle Hussein bersama Hazama.

Kata Cliff, mereka bakal membuat kejutan pada malam konsert yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur Disember ini.

“Perancangan saya selepas ini adalah untuk memberi fokus kepada Meet Uncle Hussain. Saya merupakan vokalis baharu kumpulan itu tetapi berkongsi posisi bersama Hazama.

“Untuk konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, Meet Uncle Hussain akan membuat satu jalan cerita… dan daripada situ peminat akan faham mengapa saya dan Hazama muncul sebagai vokalis kumpulan berkenaan,” katanya.

Pada malam Ahad, Cliff dan Suki diumumkan peserta yang tersingkir di minggu kedua ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Cliff yang menyanyikan lagu Laskar Cinta gagal menambat hati juri apabila berada di kedudukan tercorot dengan markah 53.25 peratus.

Sementara itu, Hady Mirza pula mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 79 peratus, diikuti Jaclyn Victor (75.5) dan Azharina berada di kedudukan ketiga (74.5)

BACA: Wanita jerit minta tolong dan nekad terjun dari kereta selepas ‘Dilarikan’ pemandu E-Hailing, rupanya ini yang berlaku