Ellie sudah jangkakan Azri Iskandar akan berkahwin lain secepat ini

Ellie sudah jangkakan Azri Iskandar akan berkahwin lain secepat ini

Ellie sudah jangkakan Azri Iskandar akan berkahwin lain secepat ini. Belum cukup sebulan bercerai, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik bernama Azra Diera.

Memetik Getaran, bekas isterinya yang juga pelakon Ellie Suriaty berkata dia tidak terkejut apabila Azri bakal berkahwin kerana sudah menjangkakan perkara itu.

BACA: Tak Sampai Sebulan Cerai, Azri Iskandar Bakal Nikah Wanita Ada PhD

Malah, Ellie berkata sebelum mengambil keputusan untu berpisah dia melihat perubahan bekas suaminya itu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

Ellie sudah jangkakan Azri Iskandar akan berkahwin lain secepat ini

“Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata dia idak mahu mengambil kisah tentang gerangan wanita yang bakal dikahwini bekas suaminya itu sebaliknya ingin fokus terhadap anak-anak serta kerjaya seni.

Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi.

“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya.

BACA:

Wanita ini kongsi sebab ramai profesional tak mahu balik Malaysia, rupanya ini puncanya

Elak penipuan kedai tayar, ini yang orang ramai tidak tahu

Sophia Albarakbah bidas netizen, seksi tak semestinya jahat