Elak penipuan kedai tayar, ini yang orang ramai tidak tahu

Elak penipuan kedai tayar, ini yang orang ramai tidak tahu. Ramai tidak mengetahui tayar ada tarikh kilang. Kedai tayar cenderung menjual tayar stok lama dengan harga semasa.
Ini adalah penindasan licik yang berleluasa dilakukan oleh kedai tayar.
Pastikan bertanya tarikh tayar dikilangkan atau tarikh lahir untuk mengelakkan kena tipu.
Harga pasaran tayar baru rim15 sekitar RM175 hingga RM180.00
Tayar baru tetapi telah masuk tempoh luput biasanya dijual dengan diskaun.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2022);
2021 = 20%
2020 = 40%
2019 = 60%
2018 = 80%
2017 ke bawah = PERCUMA
Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Kelajuan maksimum berpandukan Abjad terakhir.
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0522
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2022.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih dari LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2021, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal. Jangan diam sahaja.
BACA:
MK nafi sudah berkahwin, tetap akan kongsi gambar bersama kekasih di IG
Fizo pandai sejukkan hati dengan kata-kata, Fazeera kini bahagia