Jika baru-baru ini tular mengenai seorang pegawai polis yang meminta ‘rasuah RM100′ kepada pemandu warga UK, nampaknya situasi yang sama berulang namun pada kali ini pihak pemandu yang mahu memberi rasuah.
Menerusi perkongsian video daripada X @mynewshub, dapat dilihat pemandu yang ditahan pihak polis ini seolah mahu memberikan sejumlah wang kepada pihak polis.
Walau bagaimanapun, pihak polis yang turut merakam situasi kejadian ini memperlihatkan secara jelas muka pemandu tersebut bersama model dan nombor pendaftaran kenderaan pemandu.
Tindakan tegas dan drastik daripada pihak polis ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen yang memuji polis ini.
Biasanya org awam yg rakam polis ni polis pulak rakam org awam yg nk bgi duit kat polis !! Ha3 pic.twitter.com/SH1gTX2kTB
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 30, 2024
Malah, ramai netizen yang mengharapkan semoga sikap polis ini menjadi contoh kepada segelintir polis lain yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan budaya rasuah ini bukan sahaja melibatkan pihak polis, malah terdapat orang awam yang turut menyokong tindakan ini.
Baca juga: Bapa nekad cekik guru lepas tengok anak kena pukul dengan cikgu sebab merokok